26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Warisan nafi khabar angin ADUN keluar parti – Shafie

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau menyifatkanya sebagai khabar angin berniat jahat pihak tertentu untuk melemah serta menjatuhkan Warisan.

Katanya, setakat ini semua ADUN Warisan juga telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti.

“Warisan telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (AMT) di Kota Kinabalu pagi ini yang turut dihadiri wakil rakyat parti ini.

“Parti ini kekal utuh dan dakwaan kononnya ada ADUN yang melompat parti tidak benar.

“Khabar angin dan cakap-cakap ini ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan dan menjatuhkan Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafie berkata, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan wakil rakyat Warisan juga sebulat suara menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles