KENINGAU : Pasukan Inter United FC dan Nabawan FA melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Keningau Premier League Dua Musim 2024/2025 dijangka diadakan di Kompleks Sukan Keningau.
Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Keningau (Keningau FA), Rafie Robert berkata, pasukan Inter United FC terlebih dahulu menewaskan NY Seven Daras 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di sini Sabtu lalu.
Katanya, NY Seven Daras membuka jaringan melalui pemainnya Welber Datoon pada minit ke 33 sebelum melalui jaringan sendiri pemainnya Ejmcchristien Chrizeal pada minit ke 35.
“Inter United FC kemudian memperoleh gol kemenangan pada minit ke 66 hasil jaringan Hellery Jali sekali gus mengesahkan tiket ke perlawanan akhir nanti.
“Pada perlawanan separuh akhir ini, Inter United FC memilik lima kad kuning manakala satu kepada NY Seven Daras,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Rafie merupakan Naib Presiden Empat Persatuan Bola sepak Negeri Sabah (SAFA) berkata, pada separuh akhir kedua berlangsung pada semalam, Nabawan FA menewaskan JJ FC dengan jaringan 2-1.
“Nabawan FA memperoleh gol pada separuh masa pertama melalui pemainnya Dandi Ical pada minit ke 47 sebelum gol penyamaan JJ FC dijaringkan pada minit ke 75 oleh Healvester Kulisi.
“Nabawan FA hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan gol kemenangan, dijaringkan mohd hafizal joanes@azman pada minit ke 77, sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir,” jelas Rafie.
Menurutnya, setakat ini tarikh perlawanan akhir Keningau Premier League Dua belum lagi ditentukan serta akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
“Sebanyak 30 pasukan beraksi pada kejohanan bola sepak Keningau Premier League (KPL) edisi 2024-2025 bermula pada 9 November tahun lalu,” kata Rafie.
Mwnurutnya, kesemua pasukan menyertai kejohanan ini merupakan dari sekitar Keningau, Tenom, Pagalungan, Nabawan, Beaufort dan Kota Kinabalu.
“Kejohanan ini dijangka berakhir pada bulan Februari 2025. Saya mengharapkan ada pasukan dari premier league ini dapat menyertai kejohanan yang lebih tinggi lagi di peringkat kebangsaan ataupun Asia selepas ini.
“Kejohanan ini merupakan kesinambungan Keningau CUP FA 2015 dan dijenamakan kepada KPL dengan dibahagi kepada dua liga utama,” tambahnya.