Scott dilantik Pengarah Teknikal Sabah FC

Scott Ollerenshaw. Gambar kredit laman rasmi Sabah FC

KOTA KINABALU: Pelantikan Scott Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal buat Sabah FC merupakan inisiatif bagi menzahirkan kesungguhan dalam meningkatkan mutu serta kualiti bola sepak di Sabah.

Kenyataan media yang dikeluarkan di laman facebook rasmi Sabah FC iaitu Sabah Football Association menyebut pelantikan legenda bola sepak Sabah yang berasal dari Australia ini adalah menjadi medium pengantara buat pemain ‘import’ dengan pasukan Sabah FC sendiri.

Dalam masa sama, Scott juga turut bertindak sebagai pencari pemain yang berkualiti untuk diserapkan ke dalam pasukan yang gah dengan gelaran Sang Badak ini.

Peranan sebagai Pengarah Teknikal ini juga secara langsung menjadikan Scott Ollerenshaw sebagai ketua dalam program pembangunan belia untuk misi mencungkil bakat baru dan membentuk barisan pelapis Sabah FC untuk masa akan datang.

Sabahnewstoday

Leave a Reply