Liga Super: Sabah FC benam Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

KUALA TERENGGANU : Sabah FC meneruskan rentak kemenengan pada saingan Liga Super dengan menewaskan Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Gol pertama Sabah FC menerusi Ramon Machado pada minit ke-6 hasil hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali.

Sabah FC yang menguasai permainan kemudian menambah gol kedua menerusi rembatan deras Saddil Ramdani pada minit ke-29.

Miguel Angel menambah gol ketiga Sabah FC pada minit ke-40 untuk pasukan negeri di bawah bayu mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Sabah FC tidak menunggu lama untuk menambah gol keempat menerusi Jafri Chew pada minit ke-48.

Terengganu FC melakulan beberapa serangan namun pertahanan Sabah FC diterajui Rawilson Batuil bertahan baik dari dibolosi Terengganu FC dengan jentera serangan diketuai Sony Norde.

Kemenangan ini membolehkan Sabah FC kekal dikedudukan
keempat Liga Super dengan 48 mata.

Perlawanan Sabah FC selepas ini menentang Perak FC pada 3 Disember ini.