LABUAN : Pertandingan Golf MADANI Sabah dan Labuan dianjurkan julung kalinya mampu memupuk semangat kekeluargaan sekali gus silaturahim dalam kalangan mereka.
Pengerusi Penganjur pertandingan tersebut Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, pertandingan ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim.
Katanya, disamping itu ia dapat memupuk semangat kekeluargaan dalam sukan golf terbuka kepada pelbagai golongan masyarakat meminati sukan golf di negeri ini.
“Sukan golf bukan sahaja untuk golongan elit, tetapi juga pelbagai golongan lapisan masyarakat yang meminati sukan golf,” katanya.
Suhaili merupakan Ahli Parlimen Labuan berkata, pertandingan Golf MADANI secara tidak langsung juga dapat mempromosikan padang golf LIGC kepada pemain golf dari luar Labuan.
“Pada pertandingan itu pasukan Golf Labuan menang tipis dengan pasukan Golf Sabah iaitu kelebihan dengan satu mata sahaja.
“Ia sekali gus membolehkan pasukan golf MADANI Labuan menerima hadiah wang tunai RM5,000,” jelasnya.
Menurutnya, pihaknya merancang supaya pertandingan ini diadakan secara timbal balik pada masa depab.
Seramai 64 pemain melibatkan pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, Orang Orang Kenamaan, sektor Korporat dan media menyertai pertandingan tersebut.