KOTA KINABALU : Sabah FC kekal mengekalkan jumlah jaringan besar selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC 4-1 di Stadium Likas malam ini.
Tuan rumah memulakan jaringan pertama pada minit ke-16 melalu pemain importnya Joao pedro sekali gus menewaskan penjaga gol kelantan Darul Naim FC, Mohammad Fikri Che Son.
Berselang seminit kemudiannya Sabah FC hampir menambah jaringan apabila S Kumaahran gagal menewaskan penjaga gol Kelantan Darul FC apabila tendangannya tersasar diatas palang gol.
Kelantan Darul Naim FC memperoleh gol penyamaan pada minit ke-25 melalui Mohamad penyerangnya Fazrul Amir Zaman apabila berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan tuan rumah Rawilson Batuil.
Gol tersebut hanya bertahan seminit kemudian Sabah FC kembali dihadapan Muhammad Farhan Roslan berjaya menjaringkan gol pendahuluan selepas menerima hantaran daripada Gabriel Peres Pada minit ke-26.
Sebelum berakhir babak separuh masa pertama Sabah FC kembali menambah koleksi jaringanya apabila mendapat sepakan percuma selepas S Kumaahran dijatuhkan di luar kotak penalti melalui Joao pedro pada minit ke-44 ditanduk masuk selepas menerima hantaran Stuart Wilkin.
Berakhir babak pertama keputusan kekal 3-1. Bermula separuh masa kedua Sabah FC hanya menunggu selama 15 minit bermula separuh masa kedua melalui sepakan percuma Stuart Wilkin kemudian ditanduk masuk Gabriel Peres.
Sabah sepatutnya menambah jaringan pada minit ke -76 namun dibatalkan pengadil Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi selepas Gabriel Peres berada dalam kedudukan off side.