JOHOR BAHRU: Kemenangan 3 – 1 Sabah FC kepada JDT II dalam ‘Friendly Match’ malam tadi memperlihatkan wujud keserasian dalam kalangan semua pemain.
Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, kemenangan pertama ini mampu menyuntik semangat pemain agar terus fokus selepas berehat hampir dua bulan.
Katanya, perlawanan malam dilihat sebagai percaturan awal kemudian dijadikan panduan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
“Jangan terlalu yakin..fokus kepada game friendly match yang lain. Apa pun kita ucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak pemain yang menunjukkan kualiti persembahan terbaik mereka malam tadi.
“Kita akan gunakan perlawanan malam tadi untuk menguji tahap kemampuan pemain selain cuba mewujukan keserasian dalam kalangan pemain lama dan baharu,” katanya.
Kurniawan berkata, beliau mengakui memang terdapat beberapa kesilapan mudah dilakukan namun ia akan diperbaiki menjelang perlawanan akan datang.
“Kita nasihatkan mereka…. ini hanya friendly match, sepatutnya tidak perlu ada tekanan dalam kalangan mereka. Terus fokus serta bermain dalam situasi yang biasa,” katanya.
Kurniawan berharap agar momentum persembahan ini akan dikekalkan menjelang perlawanan Liga Super menentang PJ City FC, 24 Julai ini sekali gus dapat mencapai keputusan baik kelak.