KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memilih untuk tidak menyambung kontrak sekali gus menentang PT Athtelic FC dalam saingan Piala Malaysia pada 23 November ini merupakan perlawanan terakhirnya.
Katanya, beliau akan memilih haluan baharu untuk meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih secara professional di tempat lain.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmey Yahya termasuk semua staff pengurusan serta kejurulatihan Sabah FC.
“Ini termasuk kepada penyokong kepada Sabah FC atas segala sokonang sepanjang menjadi mengendali pasukan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan Sabah FC melanjutkan kontrak Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee hingga penghujung musim 2024/2025 berikutan prestasi memberangsangkan bekas pengendali skuad kebangsaan itu.
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya mengesahkan kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.