KOTA KINABALU: Sabah FC tidak akan memandang mudah pada perlawanan menentang Huogang United FC saingan Piala AFC di Stadium Likas esok biarpun ada kelebihan bermain di tempat sendiri dan mempunyai beberapa pemain yang berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata pasukannya tidak mengambil mudah dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan positif mendapatkan tiga mata.
“Dalam setiap perlawanan berbeza terutama dalam Piala AFC walaupun mereka (Huogang United FC) bermain di Liga Singapura menggunakan padang tiruan tetapi mereka sudah lama bersama.
“Kita tidak mengambil mudah dan tahu apa yang perlu dilakukan..yang penting esok kita mendapatkan keputusan positif
“Sasaran kita dengan setiap kejohanan disertai adalah layak sejauh mana dalam Piala AFC seperti dilakukan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media Pra Perlawanan Sabah FC menentang Huogang FC di Stadium Likas, hari ini.
Pada sidang media, Kim Swee bersam Darrel Lok, manakala Huogang United FC dihadiri Ketua Jurulatih Marko Kraljevic dan Ketua Pasukan Zulfahmi Arifin.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung esok pada jam 8 malam di Stadium Likas, esok.
Pada masa sama, Kim Swee percaya dengan pemain yang berada dalam Sabah FC punyai pengalaman luas peringkat antarabangsa.
“Mereka mampu mengawal tekanan dengan baik terutama dengan pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi.
“Ini satu kelebihan buat kita namun kita tidak mengambil mudah,” katanya dimana beberapa pemain Sabah FC merupakan pemain kebangsaan Malaysia antaranya Dominic Tan, Darren Lok, Stewert Wilkin, Daniel Ting dan Damien Lim.
Pada masa sama, Kim Swee mengharapkan kehadiran penyokong lebih ramai pada perlawanan esok sebagai motivasi kepada pemain untuk beraksi lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang positif iaitu kemenangan untuk mendapat tiga mata.
Dalam pada itu, Huogang United FC kini berada di kedudukan keenam dalam Liga Singapura yang Marko Kraljevic sifatkan bukan prestasi terbaik pasukan itu.
Beliau yang pernah mengemudi Kelantan FC berkata antara persediaan pasukan itu sebelum perlawanan ini adalah mengikuti setiap perlawanan Sabah FC pada Liga Super.
“Kami ikuti semua perlawanan Sabah FC dan membuat analisa sebagai persiapan hadapi Sabah FC,” katanya yang mengakui Sabah FC merupakan sebuah pasukan yang baik berasaskan layak bersaing pada Piala AFC.
Pada masa sama, beliau mengakui dengan kelebihan Sabah FC bermain di padang rumput berbanding pasukannya yang bermain di padang tiruan pada Liga Premier Singapura.
Apa pun, katanya, pasukannya akan memberikan permainan terbaik untuk perlawanan esok bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
