SHAH ALAM : Sabah FC kembali menyambung aksi saingan Liga Super dengan membenam Kelantan FC 7-0 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Jaringan pertama Sabah FC menerusi sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Jafri Chew pada minit ke-25.
Empat minit kemudian Sabah FC menambah jaringan kedua menerusi Farhan Roslan.
Gol ketiga Sabah FC oleh Rizal Ghazali pada minit ke-39 sebelum separuh masa pertama tamat.
Bersambung masa kedua, Sabah FC yang menguasai permainan menambah gol keempat menerusi jaringan Irfan Fazail pada minit ke-56.
Pesta gol Sabah FC diteruskan dengan jaringan kelima menerusi Telmo Castanheira pada minit ke-68.
Dua minit kemudian, Ramon Machado menjaringkan gol keenam Sabah FC.
S. Kumaahran menambah kekecewaan Kelantan FC dengan menjaringkan gol ketujuh Sabah FC pada minit ke-89.
Kemenangan ini membolehkan Sabah FC mengumpul 45 mata dan berada di kedudukan keempat Liga Super.
Perlawanan seterusnya Sabah FC menentang Terengganu FC pada 24 November ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.