Liga Super: Sabah FC kecundang lagi, tewas 1-2 kepada Kedah Darul Aman FC

ALOR SETAR: Sabah FC kecundang kepada Kedah Darul Aman FC 1-2 bagi saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Sabah FC membuat jaringan awal pada minit ke-48 menerusi tandukan cantikan Gabriel Perez hasil sepakan percuma oleh Kapten Sabah FC Baddrol Bakhtiar.

Namun, Kedah Darul Aman FC yang menguasai permainan selepas itu akhirnya menjaringkan gol penyamaan menerusi Lee Tuck pada minit ke-40.

Percaturan Ketua jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee sedikit terjejas selepas Jailton Paraiba terpaksa dikeluarkan akibat cedera selepas bertembung dengan pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC Bojan Ciger.

Bersambung masa kedua, Sabah FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Jafri Firdaus Chew menggantikan Mohd Rizal Ghazali.

Sabah FC turut membawa masuk Timo Castanheira, Mohd Amri Yahya dan Mohd Farhan Roslan menggantikan Gary Steven Robbat, Baddrol Bakhtiar dan Irfan Zakaria.

Sebaliknya Kedah Darul Aman FC pula memperolehi gol kedua, juga menerusi Lee Tuck pada minit ke-72.

Kemenangan ini membolehkan Kedah Darul Aman FC berada di kedudukan keempat Liga Super berbanding Sabah FC dikedudukan kelima dibezakan satu mata.

Selepas ini, Sabah FC beraksi lagi di laman lawan menentang PDRM FC pada 8 Jun idi Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.