40 sertai Labuan International Super Novice 4X4 Challenge 2025

LABUAN : Sebanyak 40 kenderaan pacuan empat roda mewakili Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Labuan International Super Novice 4X4 Challenge 2025.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek melepaskan peserta menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.

Pengerusi Kelab Pacuan Empat Roda Labuan, Bahari Zainal berkata, setiap peserta perlu melengkapkan peringkat khas (7SS) bagi menentukan juara pertandingan ini.

Katanya, tempat pertama akan menerima RM5,000 disamping beberapa hadiah iringan yang lain.

“Acara sukan permotoran lasak ini dianjuran Kelab Pacuan Empat Rosa Labuan bersama Perbadanan Labuan berlangsung di kawasan Letak Kereta Medan Selera.

“Peringkat awalnya kita menerima banyak penyertaan namun terpaksa hadkan kepada 40 sahaja,” katanya di sini semalam.

Bahari berkata, ini berikutan kekurangan tenaga kerja disamping masa tidak mencukupi serta kekangan bajet penganjuran.