24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

KBS Laksana Inisiatif Program Caruman KWSP Untuk Atlit Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KBS) akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Untuk Atlet Sabah mulai tahun hadapan (2023).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu khusus untuk atlet yang berkecimpung serius dalam arena sukan.

Katanya, bermula tahun 2023 semua atlet mewakili Sabah ke SUKMA serta Para SUKMA akan menerima pencaruman sebanyak RM50 sebulan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya berharap, caruman ini akan menjadi titik permulaan untuk atlet negeri ini berlatih lebih serius, menjadikan sukan sebagai kerjaya dan pembina masa hadapan.

“Program ini juga akan memastikan kesinambungan caruman apabila atlet kita beralih ke alam bekerja kelak. Syabas kepada KBS di atas keprihatinan dan usaha berterusan memperjuangkan kebajikan atlet di negeri ini”, katanya.

Teks ucapannya dibacakan  Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Hajiji berkata, jumlah keseluruhan insentif kemenangan diberikan kepada atlit cemerlang ialah RM481,600, satu jumlah yang agak besar tetapi berbaloi bagi menarik penyertaan anak-anak muda Sabah dalam bidang sukan.

Insentif kemenangan sebanyak RM10,000 diberikan kepada satu-satunya pemenang di Sukan Komanwel Birmingham.

Sementara Insentif sebanyak RM68,000 kepada pemenang-pemenang Sukan PARA ASEAN Solo dan insentif berjumlah RM292,600 diberikan kepada para pemenang SUKMA 2022.

Beliau berkata, sebanyak RM69,000 turut diberikan kepada jurulatih-jurulatih dan RM42,000 kepada pengurus-pengurus pasukan yang telah melahirkan atlet-atlet yang berjaya menyumbangkan pingat di SUKMA bulan lalu.

Hajiji menegaskan, KBS juga menyalurkan banyak bantuan kepada belia dan persatuan untuk memastikan anak-anak di negeri ini mempunyai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles