KOTA KINABALU : Sabah FC membelasah KL Rovers dengan jaringan besar 7-0 dalam aksi saingan Piala FA di Stadium Likas malam ini.
Kemenangan besar itu bermula apabila pemain import Sabah FC Saddil Ramdani memulakan jaringan pada minit ke-17’ melalui sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum gol kedua Ramon Machado pada minit ke-28.
Skuad badak menambah lagi jaringan gol pada minit ke-44’ separuh masa pertama sekali lagi melalui penyerang sensasinya Ramon Machado.
KL Rover hampir mencipta gol pertamanya menerusi sepakan penalti apabila penyerangnya Muhamad Rafie Mat Yaacob dijatuhkan oleh pemain Sabah FC, S.Kumashran pada minit ke-37’.
Namun semakan pembantu Video Pengadil (VAR) mendapati kedudukan pemain KL Tovers Muhamad Rafie berada dalam kedudukan offsaid sekali gus penalti tersebut dibatalkan pengadil.
Bermula separuh masa kedua Sabah FC tidak menunggu lama apabila Ketua Pasukannya Park Taseu menjaringkan gol mudah hasil hantaran Daniel Ting pada minit ke-50.
Sejurus selepas itu, Ramon Machado menambah gol kelima serta jaringan sekali gus menambah koleksi jaringannya pada minit ke-58.
Muhammad Jefri Firdaus Chew menambah derita KL Rovers apabila menambah gol keenam pada minit ke-72 apabila dengan mudah menewaskan penjaga gol gantian Aqulia Abdul Rahman selepas Ahmad Asyraaf Omar dikeluarkan.
Gol ketujuh Sabah FC apabila pemain KL Rovers Mohd Raffi Nagoorgani menjaringkan gol sendiri pada masa tambahan minit ke-93’.