Kesebelasan utama bertemu JDT diketahui petang ini – Kim Swee

JOHOR BAHRU: Senarai kesebelahan utama Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim malam esok akan ditentukan selepas sesi latihan petang ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, tiada rombakan besar-besaran dilakukan tetapi kemungkinan besar akan ada beberapa muka baharu diturunkan malam esok.

Katanya, apa yang pasti pemain muda tetap menjadi pilihan berikutan beberapa pemain utama masih berada dalam senarai kecederaan.

“Kita mahu malam esok semua pemain perlu kekal fokus daripada awal permainan bagi mengelak dibolosi dengan mudah pada awal minit permainan.

“Kita sudah melihat bagaimana jumaat lalu apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat gol awal dengan mudah hasil kesilapan yang boleh dielak sekiranya mereka (pemain) kekal fokus kepada perlawanan malam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Kim Swee berkata, pemain Sabah FC tidak boleh hilang fokus terutama dengan melakukan kesilapan mudah bagi membolehkan pasukan JDT mendapatkan gol pada awal permainan pada perlawanan malam esok.

“Kita harus pastikan kita tidak akan dibolosi terutama pada minit awal. Ini sudah tentu akan mengganggu rentak permainan kita malam esok,” katanya.

Dalam tempoh sama Kim Swee berkata, beliau harus memikirkan tentang beberapa pemain yang dilayangkan kad kuning dalam siri perlawanan lalu.

“Ini sudah tentu akan menjejaskan sedikit persiapan Sabah FC dalam menghadapi perlawanan seterusnya. Kita akan selepas perlawanan menentang JDT,” katanya.