30 pasukan sahkan beraksi pada kejohanan Premeir League KPL 2024-2025

KENINGAU : Sebanyak 30 pasukan akan beraksi pada kejohanan Keningau Premeir League KPL edisi 2024-2025 yang akan bermula pada 9 November ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Keningau Keningau FA yang juga Naib Presiden Empat Persatuan Bola sepak Negeri Sabah SAFA, Rafie Robert, berkata, kesemua pasukan ini adalah terdiri dari sekitar Keningau, Tenom, Pagalungan, Nabawan ,Beaufort dan Kota Kinabalu.

Rafie Robert

“Semoga kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar yg mana kita akan Pertandingan pada 12 November dan dijangka berakhir pada bulan febuari 2025 dan juga saya mengharapkan ada pasukan-pasulan primer league ini dpt menyertai kejohanan yg lebih tinggi lagi diperingkat Kebangsaan ataupun Asia selepas ini”katanya selepas ditemui sempena perasmian kejuaraan KPL 2024/2025 di Taman Bandukan Riverside, Bingkor disini hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kesinambungan kejohanan piala Keningau CUP FA 2015 dan dijenamakan kepada KPL dengan dibahagian kepada dua liga utama.

Antaranya, Liga satu MP Projek cup dimana 17 pasukan berentap bagi kategori terbuka semua peringkat Umur manakala Liga Dua shap cup sebanyak 13 pasukan Kategori pemain berumur 18 tahun kebawah.

Menurut Rafie, Kejohanan Keningau FA Cup melibatkan pasukan empat teratas Dari KPL liga 1 dan liga 2 dimana kejohanan ini menawarkan format lebih kompetitif sekaligus menguji ketangkasan dan stratego pasukan

Manakala bagi kejohanan PEXOHOLIC CUP pula memfokuskan kepada pasukan yang menduduki tempat kedua teratas dalam KPL liga 1 dan liga 2.

“Ini adalah peluang untuk meningkatkan Daya saing Dan memberikan semangat perlawanan yang lebih membara,” katanya.

Sementara itu, kejohanan JETAMA CHAMPIONS LEAGUE adalah khas untuk juara Dari KPL liga 1 MP PROJECT CUP, KPL LIGA 2 SHAP CUP, KENINGAU FA CUP dan PEXOHOLIC CUP bagi menentukan juara keseluruhan.

“Dimana kejohanan ini adalah medan bagi pasukan terbaik untuk menguji  keupayaan mereka Dan mendapatkan pendedahan yang lebih luas”Katanya.

Tambah Rafie, KPL musim ini merupakan hasil komitmen berterusan Keningau FA dalam mengangkat sukan bola sepak tempatan yang mana kejohanan ini diiktiraf oleh SAFA Dan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.

Jelasnya, ini adalah bukti kepercayaan badan induk Bolasepak kepada Keningau FA ini adalah edisi ketiga sejak penganjuran pertama pada tahun 2015 dan beliau yakin dengan sokongan semua pihak kejohanan ini akan terus berkembang maju pada masa akan datang.

“Ini bukan sahaja menjadi platform bagi memartabatkan sukan bola sepak di Keningau tetapi juga sebagai usaha memperkasakan bakat- bakat muda yang ada didaerah Dan sekitarnya,” tegas Rafie.