Liga Super: Sabah FC tewas 2-3 kepada Selangor FC di Stadium Likas

KOTA KINABALU: Sabah FC tewas 2-3 kepada Selangor FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Likas, malam tadi.

Jaringan ketiga pemain import Selangor FC dari Myanmar, Heit Htet Aung pada minit ke-76 menggagalkan Sabah FC untuk meraih keputusan seri.

Kegagalan Sabah FC mendapatkan kemenangan menyebabkan kedudukan kedua liga super tergugat selepas meraih 36 mata, dibezakan satu mata dengan pasukan ketiga liga super Negeri Sembilan FC yang memperolehi 35 mata.

Separuh masa pertama, Selangor FC mendahului jaringan 2-0 menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-24 dan jaringan Brendan Gan pada minit ke-25.

Sabah FC memperolehi gol pertama menerusi jaringan percuma cantik oleh kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-30.

Gol kedua Sabah dijaringkan oleh Jose Embolo pada minit ke-41, seterusnya menamatkan kemarau jaringannya.