Sabah FC terpaksa akur kepada kehebatan Finalis Piala FA

KOTA KINABALU : Sabah FC terpaksa akur kepada kehebatan finalis Piala FA Selangor FC selepas tewas 1-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Sabah FC membuka tirai jaringan awal pada ke-26 melalui penyerang sensasinya Darren Lok selepas berjaya menewaskan penjaga gol Selangor FC, Samuel Jacob Somerville.

Selangor FC hanya memerlukan masa hanya lima minit kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan melalui gol penyamaan pada minit ke-31 melalui penyerang importnya Ronnie Allan Farnandez Saez.

Selangor FC sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-39 namun  gol tersebut dibatalkan selepas berada pada kedudukan off side.

Kedudukan seri tersebut kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bermula babak kedua Sabah FC bertindak agresif untuk menambah jaringan namun benteng pertahanan Selangor FC berjaya mematahkan serangan mereka.

Sabah FC kemudiannya terpaksa akur dengan jaringan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-85 selepas penjagq gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat terlepas daripada tangkapannya.