Liga Super: Sabah FC tewas 0-1 kepada PDRM FC

PETALING JAYA: Sabah FC masih gagal menemui rentak kemenangan di laman lawan apabila tewas kepada PDRM FC 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam perlawanan Liga Super, malam tadi.

Gol oleh Nabil Ahmad Lapti pada minit ke-26 membolehkan PDRM meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Selangor FC pada perlawanan sebelum ini.

Biarpun banyak menguasai permainan, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal memperolehi gol penyamaan.

Kekalahan ini menyebabkan Sabah FC kekal di kedudukan kelima pasukan Liga Super dengan 24 mata.

Sabah FC akan beraksi lagi di tempat lawan pada 26 Jun ini menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu.