KOTA KINABALU: Lagenda Bola Sepak Sabah Dan Sarawak, Bobby Chua Abdullah meninggal dunia petang tadi.
Berita tersebut telah dikongsi oleh isterinya, Zafidah Yaakub baru-baru ini menerusi laman Facebook peribadi beliau.
Suami saya yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi.
“Jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat Sepanggar untuk urusan jenazah dan akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Wakaf Kampung Kota,” katanya menerusi hantaran tersebut
Sebelum ini, bekas pemain tengah yang berasal dari Inanam, Sabah itu mengalami penyakit saraf iaitu penurunan fungsi (degeneratif) pada sel saraf motorik yang berkembang dengan cepat disebabkan kerosakan sel saraf atau dikenali sebagai penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS).
Allahyarham Bobby mula beraksi secara profesional sejak 1994 telah bermain untuk pasukan Sabah sehingga 1998 sebelum berhijrah ke Sarawak.