Sabah FC turunkan semua pemain import menentang PC City FC malam ini di Stadium Likas: Kurniawan

Pemain import Sabah FC beraksi malam ini

Oleh: Zakaria Damit
KOTA KINABALU: Sabah FC bakal menurunkan empat pemain import baharu mereka menentang PJ City FC di Stadium Likas Kota Kinabalu malam ini.

Ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, empat pemain import baharu Sabah FC iaitu Saddil Ramdani (Indonesia); Sam Johnson (Liberia); Risto Mitrevski (Macedonia) serta Levy Madinda (Gabon).

Kurniawan Dwi Yulianto (Gambar fail)

Katanya, kesemua pemain import Sabah FC digesa agar dapat menunjukkan prestasi memberangsangkan sekaligus mempamerkan kualiti mutu 100% permainan sebenar mereka.

“Beraksi di laman sendiri sudah tentu kita inginkan kemenangan…Kita yakin dapat memunggut tiga mata yang sangat diperlukan oleh Sabah FC.

“Apa yang pasti kita akan merubah corak permainan kerana sebelum ini Sabah FC bermain di tempat lawan dalam dua perlawanan sebelum ini, kita akan lebih agresif kerana kita tahu pasukan PJ City mempunyai barisan pemain bersemangat tinggi,” katanya.

Kurniawan berkata, Sabah FC tidak boleh tewas serta perlu mempunyai semangat juang yang sebenar mereka di samping menekankan tahap keyakinan yang tinggi dalam kalangan pemain.

“Pemain Sabah FC perlu kekal fokus…tidak boleh lengah, tidak boleh ‘over confident’ kerana akan mengundang berbahaya jika kita underestimate pihak lawan,” katanya.

Kurniawan mahu semua pemain perlu sepakat menjadikan setiap perlawanan itu seumpama bermain di dalam perlawanan akhir (final).

“Jadi mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita memang harus bekerja keras, bermain bermati-matian untuk meraih tiga mata penting esok,” katanya.

Sementara itu, RTM Sabah melalui siaran radio Sabah FM akan menyiarkan siaran langsung jam 8.15 malam ini.

SabahNewsToday

Leave a Reply