Perkasa Padu wakili Kuala Penyu diumum juara bola sepak 9 sebelah

BEAUFORT : Pasukan Perkasa Padu mewakili Kuala Penyu muncul juara ‘Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah’ berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Kejohanan merupakan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Parlimen Beaufort serta Sipitang disempurnakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Pusat Azrul Ibrahim.

Perkasa Padu wakili Kuala Penyu diumum juara bola sepak 9 sebelah.

Perkasa Padu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 bersama medal serta piala.

Manakala tempat kedua dimenangi pasulan Puarang XL dan ketiga dimenangi pasukan Real S dan Seruang B.

Ketika berucap di majlis tersebut Isnin merupakan Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) Klias berkata, kejohanan itu dapat mencungkil bakat baharu khususnya dalam kalangan belia.

“Secara tidak langsung kejohanan ini dapat membudayakan amalan gaya hidup sihat serta mengukuhkan ikatan persahabatan antara peserta khususnya dalam sukan bola sepak.

“Selain itu, kita juga dapat mempromosikan kesihatan yang baik disamping membina semangat setia kawan khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang serta semua pihak yang berjaya menganjurkan kejohanan itu.