Kolam Renang Likas dilengkapi teknologi OMEGA dapat tingkat keberkesanan pengurusan sukan renang

KOTA KINABALU: Kolam Renang, Kompleks Sukan Kinabalu kini mempunyai sistem teknologi OMEGA yang akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sukan renang dan meningkatkan prestasi atlet.

Perkara tersebut disampaikan oleh Jurutera Lembaga Sukan Sabah (LLS) Awang Mohd Taufik Awang Ali semasa lawatan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin ke Kolam Renang Kompleks Sukan Kota Kinabalu hari ini.

Menurut beliau sistem teknologi berkenaan telahpun melalui fasa Testing and Comissioning beberapa hari lepas dan pihak Persatuan Sukan Akuatik Sabah berpuas hati dengan sistem tersebut.

Awang Mohd Taufik menyatakan sistem terbaharu ni juga mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Persatuan Sukan berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Sukan Akuatik Sabah Daniel Lee Jun Qii pula berkata sebelum ini sistem yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik yang mana sedikit sebanyak menjejaskan prestasi atlet terutamanya dalam kalangan atlit muda.

Sebaliknya, katanya, dengan adanya sistem teknologi ini juga, perenang yang berpengalaman pastinya akan merasai teknologi ini sama seperti menyertai kejohanan yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, beliau turut berharap agar dengan adanya sistem ini, banyak lagi atlet renang yang berbakat dapat diketengahkan untuk mewakili Sabah ataupun Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Ellron dalam pada itu berkata beliau berpuas hati dengan sistem terbaharu ini dan mengharapkan dengan adanya teknologi ini akan membantu meningkatkan prestasi sukan renang Sabah.

“Dengan adanya sistem ini, sudah semestinya akan menjadi pemangkin kepada atlet-atlet renang Sabah untuk lebih bersemangat dan bermotivasi dalam latihan dan sekaligus akan memajukan lagi prestasi sukan renang Sabah ” kata Ellron.

Pada lawatan itu, beliau juga menyaksikan sendiri percubaan sistem teknologi OMEGA yang baru sahaja dipasang.

Sistem teknologi OMEGA ini telah dipasang melibatkan dengan sistem Touchpad, Starting Block dan Scoreboard yang baru.

Hadir sama dalam rangka kerja tersebut Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Terrence Edward Pudin dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (Pengurusan Sukan dan Belia) Charles William Dabbi.