VUFC A juara Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka Sipitang

LABUAN : Pasukan Victoria United Football Club (VUFC) A menjuarai Kejohanan Bola Sepak tujuh Sebelah Terbuka Esplanad Sipitang bawah 16 tahun di padang SK Pelakat baru-baru ini.

Pasukan itu menewaskan BKL Beaufort menerusi sepakan penalti sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta medal.

Manakala pasukan BKL Beaufort menerima hadiah wang tunai RM700 bersama medal.

Dua pemain pasukan VUFC A dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik kejohanan kepada Muhammad Nikwan Messi Rezzki serta Adib Ahfan Azman.

Kejohanan merupakan penutup tirai tahun 2024 disertai 36 pasukan melibatkan kategori bawah 9, 12 serta 16 tahun.

Sementara itu, Presiden VUFC Roslan Kario berkata, pada keVUFC telah menghantar empat pasukan bawah 16 tahun, bagaimanapun tiga pasukannya gagal mara ke peringkat akhir.

Katanya, ini berikutan selepas tewas di peringkat suku akhir dan pusingan ke-16.

“Kita bersyukur salah satu pasukan VUFC menjadi juara pasukan sekali gus membuktikan kehebatan beraksi di luar Labuan.

“Kejuaraan ini sudah tentu memberi khabar gembira kepada pasukan kita termasuk peminat dan seluruh pihak pengurusan VUFC yang turut menyaksikan perlawanan ini,” katanya.

Roslan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta ahli keluarga pemain bersama-sama memberikan sokongan padu  kepada anak mereka beraksi pada kejohanan berkenaan.