KUCHING : Kerajaan negeri menetapkan RM10,000 kepada insentif pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak berbanding RM5,000 sebelum ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, bagi pemenang pingat perak dan gangsa, Kerajaan Negeri akan menunggu cadangan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan Negeri selepas selesai SUKMA Sarawak.
Katanya, beliau berharsp agar kontinjen Sabah akan berjaya mencapai sasaran sebanyak 40 pingat emas pada SUKMA XXI Sarawak.
“Saya mahu atlit Sabah bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi sambil menjaga disiplin diri demi nama baik negeri Sabah.
“Kita ucapkan syabas kepada Skuad Wushu Sabah berjaya menyumbang sebanyak tiga pingat emas dan satu perak pada SUKMA Sarawak XXI,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, kejayaan skuad Wushu ini dilihat akan menyuntik sangat atlit lain untuk menyumbang pingat kepada kontinjen Sabah.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin dan Pembantunya, Datuk Fairuz Renddan serta Setiausaha Tetapnya merangkap Datuk Mansur