KUANTAN (Pahang): Sabah FC mengutip satu mata menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada perlawanan Liga Super 2023, malam ini, yang berakhir dengan jaringan 1-1.
Sabah FC membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi tandukan Daniel Ting menerusi hantaran pemain inport dari Korea Selatan Kwng Min Ko.
Bagaimanapun, Sri Pahang FC menyamakan jaringan pada minit ke-26 menerusi Kherpa Sherman yang terlepas dari kawalan pemain pertahanan Sabah FC Dominic Tan.
Bersambung masa kedua. Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee memasukkan Saddil Ramdani menggantikan Kwang Min Ho.
Pada minit ke-67, pengadil Noor Azriel Baharudin melayangkan kad merah kepada Kim Swee selepas beliau dilihat menentang beberapa keputusan pengadil.
Sabah FC kekal ditangga kedua kedudukan pasukan Liga Super dengan 10 mata, ketinggalan dua mata dari pendahulu liga Johor Darul Ta’zim.
Perlawanan keempat Sabah pada saingan Liga Super ini akan menentang Penang FC di Stadium Likas Kota Kinabalu pada 17 Mac ini.