LABUAN : Peter Tan Khin Fon dari Kelab Golf Kudat (KGC) muncul juara pada kejohanan Golf Senior Lelaki Terbuka Labuan diadakan selama dua hari di Padang Labuan International Golf Club (LIGC), di sini kelmarin.
Tan merupakan Pemenang juara Kejohanan Golf Terbuka Senior SGCC 2019 membawa pulang hadiah berupa tropi selepas mencatatkan 158 pukulan kategori Gross.
Naib juara bagi kategori Gross dimenangi Joannes Pius dari Labuan Golf Club (LGC) dengan catatan 160 pukulan.
Sementara itu, pemain mewakili Pantai Mentiri Golf Club (PMGC), Negara Brunei Darussalam, Suhaili Ibrahim dan Ahmad Yami Md Nor masing masing di tempat ketiga dan keempat pada catatan 163 dan 166 pukulan.
Bagi kategori Nett, pemain mewakili SHGCC Erison Jais muncul juara dengan catatan 129 pukulan sekali gus menerima piala rebutan berserta piala iringan.
Manakala naib juara dimenangi Rezeman Ahmatzen dari daerah Tawau mencatatkan 142 pukulan serta tempat ketiga dimenangi Noor Halim Zaini mewakili LGC dengan catatan 142 pukulan.
Dalam masa sama Datuk Andy Chua dari Kinabalu Golf Club memenangi tempat keempat dengan 145 pukulan.
Turut dipertandingkan pada kejohanan itu kategori Wanita Terbuka menyaksikan Nur Fatin Syamimi Mohd Syafie muncul juara dengan catatan 140 (Nett) manakala naib juara Almas Syadzwanie Kamis.
Kejohanan julung kalinya dianjurkan LIGC, ASB Sdn Bhd dan Encho Event Management disertai 100 peserta membabitkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Golf Kapten LIGC, Japar Ahmad serta Idris Mohammad mewakili ASB Sdn.Bhd.