Oleh: Zakaria Damit
KOTA KINABALU: Pengurusan Sabah FC ‘Kecewa’ selepas keputusan tewas bermain dilaman sendiri 0-1 kepada PJ City FC di Stadium Likas Kota Kinabalu malam tadi.
Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, corak permainan yang dipamerkan pemainn Sabah FC bukan berada pada perancangan sebenarnya meskipun dalam beberapa latihan serta sesi perbincangan bersama pemain mereka perlu bermain lebih agresif dari awal minit perlawanan.
“Kita tahu PJ City bermain sangat agresif dan Sabah FC cuba mencorak permainan untuk lebih pantaa namun ternyata di padang mereka beraksi bukan pada tahap tidak sesuai dalam perancangan sebenar”.
“Kita susah untuk bergerak ke kawasan PJ City dan tidak bermain bukan pada tahap sebenar sekaligus permainan kita dilihat tidak membahayakan pihak lawan,” katanya kepada media selepas perlawanan malam tadi.
Kurniawan berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan ini akan mencari jalan terbaik bagi memperbaiki kelemahan sedia ada bagi perlawanan seterusnya.
“Kita ucapkan terima kasih atas usaha gigih pemain Sabah FC yang dilihat bekerja keras dalam perlawanan malam ini sehingga ke wisel penamat. Usaha mereka ini kita perlu beri pujian tinggi,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kualiti serta prestasi pemain import Kurniawan berkata, setakat ini beliau belum melihat kualiti permainan sebenar memandangkan mereka baru sahaja selesai menjalani kuarantin wajib khamis lalu.
“Mahu tidak mahu kita tidak ada pilihan terpaksa turunkan mereka dalam perlawanan malam tadi..Levy Madinda serta Risto Mitrevski hanya menyertai sesi latihan sebanyak dua kali. Oleh itu kita belum nampak impak sebenar permainan mereka,” katanya.
SabahNewsToday