Liga Super: Sabah FC beraksi cemerlang di laman lawan tewaskan Melaka United

KOTA KINABALU: Aksi pertama Sabah FC di laman lawan mencatatkan kemenangan apabila menewaskan Melaka United 1-0 di Stadium Hang Jebat di Melaka pada saingan Liga Super Malaysia 2022, malam ini.

Gol tunggal Sabah FC dijaringkan oleh pemain import dari Korea Selatan Park Tae Su pada minit ke-25 selepas pemain pertahanan Melaka United melakukan kesilapan di luar petak penalti.

Ini merupakan kemenangan kedua bagi Sabah FC pada saingan Liga Super selepas menewaskan PJ City FC di Stadium Likas pada 9 Mac lepas.

Sabah FC kekal ditangga ketiga pada kedudukan Liga Super Malaysia 2022.

Selepas ini, Sabah FC akan menentang Kuching United FC pada 10 April ini di Stadium Negeri Kuching.