Penyokong boleh kembali ke stadium

KUALA LUMPUR: Penonton bola sepak akan dibenarkan memasuki stadium tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi kebenaran itu termasuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai.

“Kita sedang memperhalusi untuk kemungkinan membuka kembali stadium, supaya kita dapat meraikan kemeriahan Piala Malaysia.

“Perkara ini kalau kita dapat lakukan sekali lagi dengan SOP yang ketat. Peminat bola sepak nanti jika ia dibuka, sila patuh SOP,” katanya dalam laporan portal Berita Harian pada sidang media di Parlimen hari ini.