Pelari Sabah dominasi Labuan 3 Trails 2023

LABUAN: Pelari dari Sabah mendominsai kategori utama  Sukan Lasak Labuan 3 Trails 2023 anjuran JHK Events yang diadakan di Padang Majal, Pancur Hitam Pohon Batu, dekat sini pada Ahad lepas.

Empat kategori utama yang disapu bersih oleh pelari Sabah itu membabitkan kategori Lelaki Terbuka 30 kilometer (km), Wanita Terbuka 30km, Lelaki Veteran dan Wanita Veteran 30km.

Daved Simpat, 41  dari Kota Belud muncul johan bagi kategori Lelaki Terbuka 30km selepas mencatatkan masa terpantas 3 jam 18 minit 40 saat.

Naib johan dimenangi oleh Arikchely Ariyl Arikah dari Tuaran dengan catatan masa  3 jam 30 minit 20 saat dan tempat ketiga dimenangi oleh Walter Herman (Kota Kinabalu) dengan catatan masa  3 jam 43 minit 52 saat.

Sementara itu, Mailin Salugin (Ranau) menjuarai bagi kategori Wanita Terbuka 30km dengan catatan masa 4 jam 49 minit 52 saat diikuti tempat kedua  Shamera Auther (Kota Kinabalu) dengan catatan masa 4 jam 50 minit  55 saat dan tempat ketiga dimenangi Sofi Raidin (Papar) dengan catatan masa terbaiknya 4 jam 58 minit 54 saat.

Bagi kategori Lelaki Veteran, johan dimenangi Mohd Zulkarnain Masuyuk Abdullah (Kota Kinabalu), naib johan dimenangi  Gustim Tiam (Tamparuli) dan tempat ketiga Jasuel  Lukim  dari Kota Kinabalu.

Tidak ketinggalan menaiki podium  ialah pelari wanita veteran yang tidak asing lagi di Sabah   Koni Liau yang mencatatkan masa 5 jam 13 minit 46 saat untuk menamatkan larian sejauh 30km, naib johan wanita veteran disandang Ethel Delilah Sendih Wahidi  (Kota Belud) yang mencatakan masa  5 jam 54 minit 40 saat dan tempat ketiga Ho Mee Mee (Miri Sarawak ) dengan catatan masa 6 jam 23 minit 46 saat.

Semua pemenang utama menerima hadiah berupa wang tunai, medal dan cenderahati.

Sementara itu Pengasas JHK Events, Jamil Kario berkata, seramai 250 pelari yang melibatkan peserta luar negara iaitu  seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Brunai, selain pelari tempatan dari Sabah, Sarawak dan Labuan dan Semenanjung Malaysia.