Tiga tonggak utama hadir pada 10 Januari-depan

KOTA KINABALU: Sabah FC masih menunggu kehadiran tiga pemain bagi melengkapkan senarai latihan pada 10 Januari depan.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, mereka adalah Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan serta Rizal Ghazali disahkan akan menjalani latihan bersama Sabah FC dalam tempoh terdekat.

Ong Kim Swee

“Hari ini merupakan sesi pertama..Kita ada tiga fasa bersiap sedia untuk pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk persiapan kita untuk menghadapi musim hadapan.

“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan meperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC. Kita jangka mereka sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Antara pemain Sabah FC menyertai sesi latihan petang tadi. Gambar Sabah FC.

Kim Swee berkata, Sabah FC akan mula berperingkat-peringkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dengan keserasian semua pemain.

“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama bukan saja di dalam padang tapi di luar padang,” katanya.

Seramai 20 pemain termasuk beberapa muka baharu yang berjaya diikat Sabah FC untuk musim depan hadir pada sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) petang tadi.