Piala AFC: Rekod tanpa kalah Sabah FC lebur selepas tewas kepada Haiphong FC 2-3

HAIPHONG (Vietnam) : Rekod tanpa kalah Sabah FC pada saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) lebur selepas tewas 2-3 kepada Haiphong FC di Stadium Lach Tray Haiphong, hari ini.

Haiphong FC yang berkelebihan bermain di tempat sendiri tidak menunggu lama mendapatkan gol pertama menerusi Hoo Son pada minit ke-14.

Piala AFC: Rekod tanpa kalah Sabah FC lebur selepas tewas kepada Haiphong FC 2-3. Gambar Sabah FC

Pertahanan Sabah FC yang belum menemui rentak sekali dibolosi untuk gol kedua Haiphong FC menerusi Tien Dung pada minit ke-18.

Sabah FC kemudian melakukan beberapa percubaan untuk mendapat gol namun gagal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung masa kedua, Sabah FC menemui rentak permainan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Ramon Machado pada minit ke-71.

Namun seminit kemudian, Haiphong FC menambah gol ketiga menerusi Tien Dung pada minit ke-72.

Sabah FC kemudian cuba bangkit dan memperolehi gol kedua pada minit ke-80 menerusi jaringan Gary Robert.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah FC berada dikedudukan kedua dalam kumpulan H yang terdapat pasukan PSM Makasar (Indonesia) dan Hougang United FC (Singapura).

Perlawanan seterusnya, Sabah FC akan berhadapan dengan Haiphong FC di Stadium Likas Kota Kinabalu pada 9 November depan.