SANDAKAN: Cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran tidak berhasil apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan tiga individu dalam serbuan di Sungai Siguntur, Sibugal Besar, petang semalam.
Turut dirampas sebuah bot, lori Isuzu tiga tan dan sejumlah besar minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan melebihi RM160,469.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau berkata, sehingga 3 Ogos tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 95 kes membabitkan 91 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM25 juta.
PPM akan terus memperhebat operasi risikan dan penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan serta penyeludupan barang kawalan bersubsidi.
