KOTA KINABALU : Sabah FC menepati ramalan selepas berjaya menundukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan jaringan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini.
Sabah FC memulakan jaringan pada minit ke-13 dijaringkan apabila pemainnya Daniel Ting menjaringkan gol pertama selepas menerima hantaran melalui sepakan sudut Telmo Castanheira.
Beberapa peluang keemasan dilepaskan begitu sahaja oleh kedua-dua pasukan sehingga keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, beberapa percubaan diperoleh oleh kedua-dua pasukan namun gagal menepati sasaran.
Pemain Negeri Sembilan FC pertama dilayangkan kad merah selepas Muhamad Norfiqrie Abdul Talib menjatuhkan pemain Sabah FC Azhad Harraz Arman.
Sabah FC kemudiannya memperoleh sepakan penaliti apabila Muhammad Jafri Firdaus Chew berjaya menewaskan penjaga gol NSFC Muhamad Aqil Abdul Razak pada minit ke-79 selepas Telmo Castanheira dijatuhkan dalam kotak penaliti.
Pada minit ke-87 separuh masa kedua, beberapa aksi panas berlaku sehingga permainan terpaksa diberhentikan oleh Pengadil Mohamad Kamil Zakaria Ismail mmberhentikan perlawanan.