LABUAN : Lebih 200 perenang membabitkan 15 pasukan menyertai Kejohanan Renang Sekolah Antarabangsa Labuan (LISS) 2024.
Kejohanan merupakan anjuran bersama Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) Lion Club of Labuan Mandarin diadakan di kolam renang Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) baru baru ini.
Penyertaan dari Negeri Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif LIS, Jaffree Ismail, kejohanan pertama kali diadakan ini memupuk kemampanan serta mempromosi aktiviti sihat dalam kalangan belia.
Katanya, ini disamping menjadi platform inklusif untuk melahirkan perenang elit dan paralimpik.
“Kejohanan ini dicadangkan sebagai acara tahunan meraikan perpaduan dan mencungkil keupayaan atlet.
“Ini sekali gus melahirkan pelbagai atlet dari pelbagai latar belakang sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS), muncul juara keseluruhan selepas mengumpul 32 pingat emas, 21 perak dan 10 gangsa.
Naib juara Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) memperoleh 28 emas, 33 perak dan 28 gangsa.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Sea Dragon Swimming Club (SDSC) dengan kutipan 16 emas, 23 perak dan 25 gangsa.
Setiap pemenang kategori membawa pulang tropi, sijil dan wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM500.