Sabah, Terengganu kongsi mata di Stadium Likas malam ini

KOTA KINABALU : Sabah FC mencatat keputusan siri 1-1 dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Likas, malam ini.

Sabah membuka jaringan awal melalui pemain import terbaharunya Joao Pedro Duarte selepas menerima hantaran lintang Park Tase Su di luar kotak penalti pada minit ke ke- 9 sekali gus menewaskan penjaga gol Terengganu FC Mohd Suhaimi Husin.

Perlawanan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang kemudiannya Sabah FC memperoleh sepakan percuma Saddil Ramdani namun tendangannya sedikit terkeluar di pintu gol Terengganu.

Pada minit ke-35 Sabah FC sepatutnya boleh menambah jaringan namun tandukan Daren Lok terkena palang gol selepas menerima hantaran daripada Firdaus Chew.

Sebelum berakhirnya separuh masa pertama, Terengganu FC berjaya menjaringkan gol melalui pada minit ke-46 melalui pemain importnya Ismaheel Akinade menewaskan penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua permainan agak seimbang namun keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.