Sabah FC bangkit catat kemenangan, tewaskan Penang FC 2-1

GEORGE TOWN: Sabah FC bangkit mencatatkan kemenangan pada saingan Liga Super dengan menewaskan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.

Sabah FC yang beraksi cemerlang pada separuh masa pertama tidak menunggu lama untuk memperolehi gol pertama menerusi Irfan Fazail pada minit ke-9.

Pertahanan Sabah FC yang dikemudi Gabriel Perez bersama Park Taesu beberapa kali diuji serangan pemain Penang FC yang cuba mendapatkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, Sabah FC berjaya menambah gol kedua hasil jaringan Ramon Machado pada minit ke-47 sebelum berakhir separuh masa pertama.

Bersambung masa kedua, Penang FC melakukan beberapa serangan untuk mendapatkan gol yang akhirnya diperolehi menerusi jaringan Muhammad Alif Ikmalrizal pada minit ke-76.

Penang FC gagal mendapatkan jaringan penyamaan bagi membolehkan Sabah FC membawa balik tiga mata untuk aksi dilaman lawan.

Sabah FC yang mengumpul 36 mata kekal dikedudukan kelima Liga Super.

Aksi selepas ini, Sabah FC akan menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Likas pada 9 Ogos depan.