Liga Super:Sabah FC tewaskan Perak FC 1-0 di Stadium Ipoh

IPOH: Jaringan tunggal Park Taesu membolehkan Sabah FC menewaskan Perak FC 1-0 di Stadium Ipoh, malam ini.

Jaringan itu hadir pada minit ke-85 selepas Park Taesu menerima hantaran dari tandukan Telmo Castanheira.

Kemenangan ini membuka peluang Sabah FC untuk naik kedudukan ketiga di Liga Super.

Sabah kini meraih 51 Mata, dibezakan dua mata dengan Kedah Darul Aman FC mengumpul 53 mata.

Sabah FC akan berhadapan dengan Kedah Darul Aman FC pada perlawanan seterusnya 17 Disembar ini di Stadium Likas.