KOTA KINABALU: Sabah FC tumpas kepada PSM Makassar pada saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) di Stadium Likas, malam ini.
Sabah FC sudah layak ke peringkat seterusnya selepas mendahului Kumpulan H dengan mengumpul 12 mata menerusi empat kemenangan dan dua kalah.
Sabah FC ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Yakob Sayuri pada minit ke-15 dan gol sendiri Dominic Tan pada minit ke-36.
Telmo Castanheira menjaringkan gol tunggal Sabah pada minit ke-73 menerusi tandukan mengelirukan penjaga gol PSM Makassar.
Pada minit akhir perlawanan minit ke-95, Everton Nascimento menambah gol ketiga PSM Makassar menerusi tendangan penalti selepas dia dijatuhkan di petak penalti oleh Mohd Rizal Ghazali.