Liga Super:Skuad Badak diratah Harimau Selatan 1-5 di Stadium Likas

KOTA KINABALU: Skuad Badak diratah 1-5 oleh Harimau Selatan pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

Hasrat Sabah FC membuat kejutan dengan membuat jaringan awal pada minit ke-13 menerusi Jafri Chew tidak tercapai apabila Johor Darul Ta’zim hanya mengambil masa empat minit untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-17 menerusi Juan Muniz.

JDT kemudian memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti Bergson Da Silva pada minit ke-25 dan gol ketiga hasil jaringan Herberty De Andrade pada minit ke-48.

Bersambung masa kedua, JDT menguasai tempoh permainan dan menambah dua lagi gol  menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-62 Dan minit ke-73 untuk mencatatkan jaringan hatriknya pada perlawanan malam ini.

JDT FC terus kukuh menerajui Liga Super, manakala Sabah FC kekal dikedudukan kelima.

Sabah FC akan berhadapan Kuala Lumpur City FC pada 13 Ogos ini di Stadium Likas.