TABS Bandaraya Terima Sumbangan Ahli Pernigaan Jepun

KOTA KINABALU: Sekumpulan ahli perniagaan dari Jepun menyatakan minat untuk memberi sumbangan peralatan sukan kepada TABS SAFA Bandaraya yang ketika ini aktif menjalankan program pembangunan bola sepak akar umbi.
Antara peralatan itu ialah bola, jersi pasukan, bips dan peralatan lain berkaitan sukan bola sepak.
Ahli perniagaan terbabit yang diketuai Konsultan Perniagaan Tokyo, S. Takahashi, berkata, pihaknya pada dasarnya bersetuju untuk memberi sumbangan dalam bentuk peralatan sukan itu kepada kelab dan badan sukan yang aktif menjalankan program dan aktiviti sukan bola sepak.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh rakan perniagaan mereka di Sabah mengenai program pembangunan yang dilaksanakan TABS SAFA Bandaraya dan mereka berminat untuk memberi penajaan kepada mereka.
“Kami telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim baru-baru ini dan menyatakan hasrat kami untuk memberi tajaan itu. Kami sedang dalam proses perbincangan lanjut,” kata Takahashi yang sudah mewujudkan syarikat di Sabah untuk membuka kilang perusahaan makanan.
Menurut beliau, pihaknya sedang cuba mendapatkan perlatan sukan yang diperlukan TABS dan selepas itu akan menyerahkan kepada mereka.
“Oleh kerana kos membawa peralatan tersebut dari Jepun agak tinggi, kami akan cuba mendapatkannya di sini,”.
“Rakan kongsi kami di Sabah akan membantu kami untuk mendapatkan peralatan sukan tersebut,” ujar Takahashi.
Turut sama dalam perbincangan itu ialah Konsultan Perniagaan dan Pendidikan Bandaraya Osaka, M. Yoshioka. Konsultan Pelaburan dan Perniagaan Tokyo dan Bandaraya Taipei, K. Yamashita, Pemaju dan Pereka Bentuk Dalaman Bandaraya Sendai, T. Ashikaga dan Usahawan Bandaraya Nagano, T. Kubo.