U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II, 20 Mei ini

KOTA KINABALU :  Kehadiran lima pemain berpengalaman mengukuhkan kedudukan Pasukan Bawah 23 (U23) Sabah FC untuk mencapai keputusan positif menjelang pertemuan JDT II Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 20 Mei ini.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata, berdasarkan pengalaman mereka U23 Sabah FC mampu memberi saingan hebat sambil menyasarkan mengutip satu mata meskipun terpaksa berhadapan penyokong tegar JDT II pada pertemuan pembukaan nanti.

Katanya, JDT II merupakan pasukan sangat digeruni lawan adalah tidak mustahil U23 Sabah FC dapat membuat kejutan sekali gus memberi berusaha untuk memperoleh keputusan positif berkenaan.

“Setakat ini tiada pemain dilaporkan berada dalam senarai kecederaan serta bersiap sedia 100 peratus dari segi fizikal dan mental menghadapi perlawanan berkenaan.

“Kita senarai 100 peratus pemain tempatan U23 Sabah FC tidak mengambil pemain import…Ini secara tidak langsung peluang pemain baharu dan lama bergandingan untuk mengukuhkan sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Johnny berkata, suntikan semangat pihak pengurusan dilihat menjadi motivasi kepada pemain berikutan ini merupakan perlawanan pertama serta bermain di luar gelanggang sendiri.

“Kita mengakui mengalami sedikit kurang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan yang lebih kompetitif dan hanya bertemu beberapa pasukan untuk mengukur keupayaan pemain sedia ada.

“Walaubagaimanapun, itu bukan alasan kerana semua pemain kita memang sudah bersedia, cuma terdapat sedikit kekurangan dari segi ‘sparring’, perlawanan yang kompetitif,” jelas Johnny.

Menurutnya, ini kerana untuk membuat perlawanan persahabatan ia sudah tentu melibatkan kos yang tinggi tapi namun U23 Sabah FC yakin dapat mencapai keputusan cemerlang dalam saingan Malaysian Football League (MFL) U23 pada musim ini.