Liga Malaysia: Sabah FC tewaskan Kuching City FC dengan bergaya

KUCHING: Sabah FC membenam Kuching City FC dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Malaysia di Stadium Negeri Kuching, malam tadi.

Sabah FC bermula garang dengan memperolehi tiga gol pada 16 minit separuh masa pertama.

Ramon Machado semakin menemui sentuhan dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-4 dan ke-7.

Gol ketiga Sabah FC dijaringkan oleh Daniel Ting pada minit ke-15.

Bersambung separuh masa kedua, Kuching City FC cuba membolosi pertahanan Sabah FC yang dikemudi Gabriel Perez namun gagal untuk mendapatkan jaringan.

Sabah FC dapat mempertahankan bekalan tiga gol hingga tamat separuh masa kedua untuk dibawa pada aksi kedua di Stadium Likas pada 19 Ogos ini.

Pada perlawanan ini, Kuching City FC dibawa kendalian jurulatih baru Aidil Sharin Sahak.