Sabah mahu SUKMA diteruskan, sasar 40 emas

TAWAU: Sabah berharap temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dapat diteruskan mengikut jadual walaupun dalam skala lebih sederhana.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, negeri itu sudah membuat persiapan termasuk menyediakan peruntukan kewangan dan latihan atlet.

Beliau berkata, SUKMA penting dalam pembangunan sukan negeri serta persediaan ke arah Sukan SEA 2027.

“Pada saya, sebaiknya SUKMA diteruskan tetapi dalam skala sederhana,” katanya.

Menurutnya, Sabah menyasarkan sekurang-kurangnya 40 pingat emas pada temasya berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata projek Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan akan menjadi pemangkin kepada penganjuran acara bertaraf antarabangsa di daerah itu.