KOTA KINABALU: Sabah FC tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim, pada saingan Liga Super 2022 yang dicemari tindakan tidak profesional penonton di Stadium Likas Kota Kinabalu malam tadi.
JDT memperolehi gol kemenangan di tambahan masa separuh masa kedua menerusi Fernando Forestierie yang menyempurnakan sepakan pada minit 96.
Perlawanan ini dicemari tindakan penonton membuang botol kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Mohd Fusser Mad Salleh.
Sabah FC cuba bertahan untuk memperolehi satu mata menerusi jaringan 1-1.
Park Tae Su menjaringkan gol Sabah pada minit pada minit ke-19 yang menggembirakan kira-kira 22,500 penonton yang hadir.
JDT menyamakan jaringan pada minit ke-26 menerusi jaringan Fernando Forestierie.
Pujian harus diberikan Jurulatih Sabah Ong Kim Swee bersama pemainnya yang bermain cemerlang biarpun tewas hasil jaringan di masa kecederaan separuh masa kedua.