Cheras (Kuala Lumpur): Sabah FC mencatat kekalahan kedua pada saingan Liga Super 2023 selepas tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Cheras malam tadi.
KL City FC mendapat jaringan pertamal pada perlawanan itu menerusi T. Saravanan pada minit ke-15.
Biarpun dibolosi pada separuh masa pertama, usaha Sabah FC untuk mendapatkan gol penyamaan gagal menyebabkan kedudukan di Liga 2023 menurun ditangga kelima.
Sebaliknya KL City FC menambah jaringan kedua menerusi Sean Giannelli pada masa tambahan minit ke-94.
Bagi Kuala Lumpur City FC pula, ini merupakan kemenangan pertama pada saingan Liga Super 2023 ini.
Sabah FC akan menentang Negeri Sembilan FC pada 10 April ini di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan.