TABS sandar pasukan remaja dalam Malaysia Borneo Football Cup

KOTA KINABALU: TABS akan menyandarkan harapan pasukan remaja untuk bersaing dalam Malaysia Borneo Footbal Cup 2025 di sini mulai hujung bulan ini.

Timbalan Pengerusinya, Lokman Sunggim, berkata, antara pasukan itu membabitkan pasukan B12, B13, B14, B15, B16 dan B18 yang bersiap untuk kejohanan antarabangsa itu.

Pemain TABS menunjukkan aksi dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Katanya, manakala bagi pasukan B10 dan B11 mungkin menghadapi kesukaran untuk bersaing kerana kebanyakkan mereka adalah pelatih baharu namun kejohanan ini akan memberi pendedahan yang baik kepada mereka dan menimba pengalaman.

“Kita menaruh harapan kepada pasukan remaja dan sudah tentu mereka mampu memberi saingan dalam kejohanan itu,” katanya hari ini.

Beliau mengharapkan pasukan-pasukan itu berupaya melakukan cabaran dan lebih bersedia menghadapi lawan ekoran persediaan yang rapi oleh jurulatih masing.

Menurut beliau, TABS akan menyertai lapan kategori umur sepanjang kejohanan itu tahun ini.

“Kita mengharapkan pasukan remaja menggalas tugas dengan berkesan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang kali ini,”.

“Pemain-pemain juga masih mempunyai masa untuk membuat persiapan dan strategi kerana ia dimulai pasukan kanak-kanak B10 dan B11,” katanya.

Tahun lalu, TABS menduduki naib juara bagi kategori B15 dan memenangi tempat ketiga B16 selain melakukan pencapain yang baik dalam beberapa kategori umur yang lain.