Liga Super: Sabah FC kembali temui rentak kemenangan

KOTA BHARU: Sabah FC menemui semula rentak kemenangan selepas menewaskan Kelantan United FC 3-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Sabah FC yang mahukan kemenangan di laman lawan ini membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi Saddil Ramdani.

Sabah FC yang menguasai rentak permainan berjaya menambah jaringan menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-46 sebelum berakhir separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Sabah FC terus garang untuk menambah jaringan dan akhirnya berjaya memperolehi gol ketiga menerusi Kapten Sabah FC Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62.

Kemenangan ini membolehkan Sabah FC mengumpul 27 mata di kedudukan kelima pasukan Liga Super.

Perlawanan selepas ini bagi Sabah FC untuk saingan Liga Super ini adalah menentang Kuching City FC di Stadium Likas pada 8 Julai ini.