Dr Loriot dilantik sebagai ‘Doktor Perubatan’ Sabah FC

Dr. Loriot Kenson

KOTA KINABALU: Sabah Football Club Sdn Bhd melantik FOOTBALL (Sabah FC) Dr. Loriot Kenson sebagai ‘Doktor Perubatan’ Sabah FC musim ini.

Beliau berasal dari daerah Penampang berumur 41 tahun berasal Penampang memiliki Ijazah Perubatan & Ijazah Pembedahan dari Universiti Malaya (UM).

Memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan pada tahun 2005 dan mempunyai pengalaman dalam bidang nutrisi, anti penuaan, regeneratif (terapi stem sel) dan perubatan functional.

Dr Loriot mempunyai pengalaman dalam menggunakan Terapi Plasma Darah atau lebih dikenali sebagai ‘Platelet Rich Plasma’(PRP) untuk kecederaan sukan sejak 2014 sekaligus sudah merawat pelbagai atlit serta pelari marathon menggunakan kaedah ini.

Sabahnewstoday

Leave a Reply